Aku tak tahu kenapa semua orang benci akan kucing. Mak cik aku cakap, "Alah, time kau kecik je kau suka kucing nanti dah besar kau akan rasa kucing itu menyemak je". Tapi, aku tak pernah rasa kucing itu menyemak sampai sekarang. Walaupun, dulu selalu jugak kena cakar dengan kucing, tak pernah ada keinginan nak membenci kucing. Tak akan ada perasaan itu.
Pernah dulu selalu jugak buat kerja menangkap kucing tanpa pengetahuan ayah dengan mak. Abang takut nak tangkap sebab dia ada ciri ciri ayah yang juga tidak suka akan kucing. So, aku jadilah tukang tangkap dengan menarik ekor kucing. Kucing tu macam terkejut sebab tiba tiba sahaja ada orang tarik dia, kucing itu pun macam struggle habis habisan nak lepaskan diri tapi akhirnya dapat juga aku tangkapnya dan bawa secara sorok sorok masuk dalam rumah. Lepas itu, abang aku dengan muka nervous pun tanya, " hey, kucing makan apa hah?'. Alamak, mana aku tahu oii sebab masa ini umur aku baru 5 tahun. Tiba tiba, mak ketuk bilik aku, aduh kantoi, terpaksa lah cepat2 sorokkan kucing tuh dalam kotak. Dengan muka innocent yang macam tak innocent, aku buka pintu dan mak tanya," Tadikan macam dengar bunyi kucing je dari bilik ini, korang ada bawa masuk kucing, yea?". Aduh, dengan cepatnya kitaorang cover line dengan mengatakan kami yang buat buat suara kucing. Haha, gila jahat kan?
Ada juga aku menyatakan hasrat mahu membela kucing tapi mak tak bagi dengan alasan nak jaga kucing susah, kena jaga makan minum, mandikan kucing tu, dah tu bulu kucing nie tak bagus sebab tak elok untuk hidung kita and macam macam lagi alasan mak......
Until now, hasrat nak bela kucing masih ada. Mungkin bila dah ada kehidupan sendiri, aku dapat membelanya. Hope je.... =)
P/S : Aunty aku ada bela persian cat and dia tak percaya yang aku suka kucing sebab dia ingat aku ada ciri ciri ayah...

No comments:
Post a Comment