Friday, January 7, 2011

Saya terlalu 'minat' sama Justin Bieber

Yeah! Sebelum tuh sorry sesangat sebab dah lama tak update blog yang x seberapa nie, Just malas and tak ada mood nak mengerakkan tangan untuk menekan huruf2 yang terdapat di keyboard. Duhh, sungguh skema gilerr ayat!

Dah, so aku nak citer about si Justin Bieber nie sebab2 aku teramat 'minat' dengan dia sampaikan :

First, lagu dia yang pertama sekali yang pernah aku dengar, that is Baby, yang aku telah menganggap bahawa lagu ini dinyanyikan oleh manusia yang berjantina perempuan tetapi dinyanyikan oleh seorang budak lelaki yang berumur 16 tahun (at that time). Cis, ini membuatkan aku bertambah 'minat' sama dia. Pelik sebab abang aku masa umur dia 14 tahun pun suara dia dah agak garau.

Second, dia telah mengakibatkan kaum perempuan di seluruh dunia tergila gilakan sama dia. Duh, pelik lagi! Sebab kalau muka dia comel macam David Archuleta ke ataupun sekacak Enrique Iglesias tak pe jgak. Ini muka tak berapa nak matang pun boleh sampai ramai yang tergila gilakan dia. Siap, ada yang tidur berbantalkan muka JB nie tau! And u know what?? Ada peminat fanatik dia ugut Selena Gomez sebab si Disney Girl nie telah mencium JB! Awww, ada yang ugut nak bunuh SG!!! Parah parah.

Thirdly, JB nie macam mengalahkan artis artis popular kat dunia sampaikan baru tak sampai setahun jadi artis tapi dah nak buat filem about himself AND dah ada buku pasal populariti dia. Macam fikir dia superstar sangat.

Ada banyak gak sebab2 'minat' sangat JB nie tapi cukup ah. Lebih2 kang nanti kena attack. Lagipun, kenapa tiba tiba je aku cakap pasal JB nie hah?? Sebabnya DIA NAK DATANG MALAYSIA 21 APRIL NIE UNTUK BUAT KONSERT!!!!!.... So, sape minat dia?? Gi lah melonjat lonjat sampai gegar satu dunia... choww.

minat = benci...

No comments: