Thursday, January 27, 2011

Food that turns to GOLD??? King Midas punya kerjalah ini...

Tahu tak cerita dongeng yang dekat satu negara ini ada seorang raja, King Midas yang teramat kaya dan lebih kaya daripada raja raja yang lain. Dan dia didatangi pari pari yang ingin memenuhi satu hajat daripada King Midas. King Midas ini pun cakap, " Beta dah ada emas yang penuh satu bilik tapi beta hendak emas yang lagi banyak sebab emas merupakan benda yang cukup wonderful dan best di dalam dunia. Jadi, beta inginkan pari pari untuk memenuhi hajat beta iaitu beta inginkan semua benda yang beta sentuh menjadi emas dan beta sanggup menghadapi risiko tersebut.."


Hah! Lebih kurang macam ini lah hajat King Midas itu dan si pari pari pun sempurnakan hajat King tersebut. Hari yang berikutnya, masa King Midas bangun, dia sentuh katil dia tukar jadi GOLD.. Sentuh kerusi dengan meja pun tukar jadi GOLD. King Midas ini teruja sangat sampaikan semua benda dia sentuh dekat dalam istana dia. Tiba tiba dia rasa dahaga and lapar, tapi dia tak boleh makan pun sebab bila dia nak minum air, air dalam gelas jadi solid GOLD,  roti pulak jadi GOLD bila dia sentuh menggunakan hujung jari dia. Kiranya semua jadi GOLD, GOLD....


Entah macam mana anak dia sendiri pun jadi GOLD gak. Dia menyesal gila gila babeyhh sambil menangis dan merayu supaya pari pari tarik balik hajat dia itu. Ending-nya dia jadi normal balik...




Tapi, bukan cerita dongeng ini yang ingin saya ceritakan...




Ada lah hari itu baca magazine and then ada satu article ini. Article ini berbunyi lebih kurang macam ini lah :
Pernah rasa tak makanan yang anda makan nampak bosan dan tidak menyelerakan? Dan anda rasa makanan tersebut perlu diberi sentuhan yang menarik supaya dapat menarik perhatian pemakannya? Well, anda tidak perlu risau kerana anda boleh 'redesign' makanan anda dengan menggunakan The Deli Garage's Esslack Food Spray! Ia menjadikan makanan anda berkilat dalam sekelip mata.

Hah! Macam inilah  makanan  itu jadi gold, tapi safe untuk makan tau!

Yang nilah benda spray tu, ada dua colour silver dengan gold.




Cantik kan warna chocolate tu? If you all tak suka  warna chocolate yang asal, spray je lah!!!!


 Woah, ayam emas!!!

Spray ini tidak dijual dekat Malaysia tapi you all boleh pergi dekat website http://www.the-deli-garage.com/ . Dekat website ini you all boleh tengok ciptaan mereka yang kreatif. 

No comments: