Tuesday, December 14, 2010

Trapped

Pernah tak rasa terperangkap dekat dalam satu bilik or di mana mana sahaja?

LIKE THIS










Ok. Fullstop.
Actually diri yang terasa tinggi ini pernah trapped jugak. So, please give your mouth to read my story....


1st Trapped

This one terjadi masa umur 4, 5 years. tak berapa nak ingat. This time dekat my aunty house dekat Penang and hampir semua uncles, aunties and cousins ada. Time raya lah kut. And that time nak dekat dinner time, so all the aunties, my mom and some of my cousins (girls yea) termasuk me ada dalam dapur. Buat kecoh saja!!! Suddenly, tak tahu what happens pintu dekat dapur tak boleh nak buka. Kiteorang sume macam blurr and all the aunties sume kelam kabut cuba buka but still can't. Uncles and my dad try buka dari luar tu. Yang tak boleh belah tuh, my bro. and my cousins (boys yea) boleh lak minta pass makanan dari tingkap dapur. Ishhh.. we all bagi jelah cause time tu masing2 muka x bersalah. -____________-
At last, dapat jugak buka pintu. Ntah, mcm  mana diaorang buka. Thanks GOD!!!


2nd Trapped

Ini baru sahaja terjadi dekat apartment yang baru pindah. Time nak dekat2 last week of SPM, hari Sabtu. Actually, nak take bath. Lepas dah tutup pintu tuh, tiba2 ingat something nak tell to my mom and masa nak buka pintu toilet tuh, rasa macam tak boleh buka langsung. Ah, sudah! Dekat tengah melalak tuh, boleh lak my mom ingat that i'm just playing around.
So, memang tak boleh buka langsung and kena tunggu sampai lah ada orang datang. Dah lah my dad and my bro. tak ada dekat rumah. Sedey.. =((
Tunggu punya tunggu datang jugak orang. Dekat dua jam jugak ah but dah mandi tau! Lepas dah buka tuh, orang tu cepat2 lari. Macam pelik je asl dia lari ah? Rupa rupanye dia lari sbb fikir _______________. Hello, i'm bring my clothes lah!!!!!
Dia cakap sebelum kiteorang pindah dia dah tukar semua pintu kecuali pintu toilet. Hey, sakit hati je dengar.
Memang my dad ketawakan anak dia!!! Sampai hati.
My lil. bro lak cakap tulah dah kena sumpahan. Sumpahan? Yea, actually malam sebelum tuh, i got a habit to locked my room. Because my siblings sume suka kacau me. Lagi2 kalau tengah cakap dengan kawan dekat phone. So, my parents warned me jangan tutup pintu, nanti terperangkap. See, dah terkena dah......


Hmmmm, watever duhhh -_______-

Saturday, December 11, 2010

Narnia 3

Suka sangat nak tengok movie ini sebab memang peminat Narnia dari first movie. Yelah takkan sampaikan pergi paksa my family belikan buku Narnia yang ada 7 cerita di dalam satu buku. Memang Gi-la.

Memang best gila lah movie yang ketiga ini sebab tak ada Peter and Susan. Ya, saya tak suka mereka. Tapi, ada sepupu mereka yang muka tak handsome tapi handsome time jadi naga.

Prince Caspian pun smart habis eventhough rambut panjang. Edmund selalu kena pukau and makin grown up. Lucy, dreaming nak jadi macam kakak dia, Susan sebab taksub sangat nak jadi cantik padahal tak sedar yang diri dia tu memang cantik.

Yang sedihnya, Lucy and Edmund takkan datang balik untuk movie yang seterusnya. Kalau datang pun macam sekejap. Prince Caspian pun rasanya takkan datang lagi. Awwww, rindu giler......

























Now, kena tunggu the next movie Narnia: The Silver Chair


SPM Is Over, DUDE

YAY!!! Habis sudah segala bagai pasal Mr. SPM

Tapi, rasa macam nak ulang balik segala paper SPM but masih soalan yang sama. Faham tak?

Sebab rasa macam tak puas hati je apa jawapan yang aku telah duk merepek tulis dekat paper tuh.

Walau apa apa pun, time ini masa nak kena relaks my mind away from anything. Rasa macam nak pergi bertapa dekat Gunung Himalaya je. Ngee~.

List To Do ( For 3 months) :

- Habiskan baca buku novel yang dibeli sepanjang tahun ini. Asyik pergi mph je mesti beli buku sampaikan ada lebih kurang 7 buah novel yang tak dibaca langsung. Sempatkan habis baca?
- Ambil driving licence. Ini kan impian setiap budak lepasan SPM. So, mesti kena ambil duhhh.
- Tengok movie movie yang baru keluar whether dekat cinema or kalau malas sangat dekat internet jelah.
- Belajar memasak? Hell no!!!! Kalau nak suruh belajar memasak, itupun aku buat setahun sebelum nak kahwin.
- Tidur? Nak balas dendam sebab tak dapat tidur yang lena sebab kena belajar je. So, this is the time.
- Lepak sama kawan!!! =))

Still, x percaya yang diri ini dah masuk Form 5, selalu kena marah dengan cikgu, kena siapakan homework, dah lepas percubaan spm, dah ambil paper SPM, Dan dah berjaya melepaskan diri dari alam persekolahan!!!

Lepas ini, tak payah lagi bangun awal untuk sekolah, terseksa buat latihan koko and sukan tahunan, kena ikut disiplin and segala bagai benda yang mesti dipatuhi di tempat yang bernama SEKOLAH

Monday, November 1, 2010

Adèle: Rise Of The Mummy

Hari itu, plan nak tengok movie seram THE CHILD'S EYE tapi pekerja kat sana cakap movie itu terpaksa cancel sebab ada problem.

Awwww, lega! Actually, tak nak tengok pun cerita tuh sebab tak pernah seumur hidup aku pergi tengok cerita hantu dekat cinema! Seram!!!

Last-last, tengok cerita Adèle: Rise Of The Mummy. Ingatkan cerita pengembara pergi explore bawah tanah and kena kejar dengan mummy tapi sebenarnya amat lain sekali. Sebelum tuh baca dulu sinopsis cerita ini.

Known as "The Extraordinary Adventure of Adele Blanc-Sec" in some territories, this movie is adapted from a comic adventure series written and illustrated by French comics artist Jacques Tardi. Set in the carefree world before World War I, Adele Blanc-Sec, an intrepid young reporter, will go to great lengths to achieve her goals, even sailing to Egypt to tackle mummies of all shapes and sizes. Meanwhile, in Paris, it's panic attack as a 136 million-year-old pterodactyl egg on a shelf in the natural history museum has inexplicably hatched. The bird subjects the city to a reign of terror - but nothing fazes Adele Blanc-Sec, whose adventures reveal many more extraordinary surprises.












Cerita ini sebenarnya bahasa Perancis yang tukar suara into English.

So straight to the point, si Adele nie gi cari mummy yang sebanarnya doctor untuk rawat penyakit adik kembarnya, Agathe yang macam mayat hidup. So, mummy mummy nie sume pergi lah tolong dia dan BOLEH BERCAKAP,SEHH!!!!.
And, cerita ini ada sambungannya,,,


yang belah kiri tuh adik kembarnya, Agathe

Orang cakap dia macam Indiana Jones versi perempuan!


Suka sangat tengok cara dia cakap and perwatakan dia.

Mummy yang dia harap boleh selamatkan adik dia.



Thursday, October 28, 2010

Mengundang Seribu Masalah.

                                       Kebaya Girl




This kebaya lah membawa pelbagai masalah..


First, aku beli kain kebaya ini from my teacher. Lepas tuh, gi lah hantar kat seorang tailor ini sebab hanya tailor ini je yang jahit baju tanpa menggunakan sample. Gembira sesangat lah sebab first time ada kebaya. Kalau ada pun yang lama punya and tak berapa cantik. Btw, one of my fren pun beli kain kebaya ini and hantar jahit dengan orang yang sama seperti aku.


Actually, tujuan nak pakai kebaya ini untuk Hari Graduasi sekolah aku yang baru je lepas, 23 oktober. Semua orang sibuk plan nak pakai apa on that day. So, kebaya lah the best kan???


Masa nak dekat dengan hari Graduasi tuh, aku dengar yang tailor tuh masuk hospital sebab diabetes. Tailor tuh punya anak sekolah sama dengan aku. So, budak tuh cakap nak hantar baju tuh dekat tailor lain tapi dia gi hantar lambat.


Hari Khamis, budak tuh mintak duit upah jahit dekat kitaorang and cakap dia akan bagi esok.


Tengok tengok hari Jumaat tuh dia cakap tak siap lagi and kena gi ambil pukul 3.00. Dah buntu gila kepala otak nie, so kitaorang berlima, aku, que, hajar, wai kuan and izzati lepak makan makan sambil membeli belah dekat Jaya Jusco.


Masa dah dekat pukul 3 tuh kitaorang tunggu ah budak tuh ramai ramai kat skola. And masa budak tuh datang, tangan dia kosong je. Dah agak dah mesti ada problem. Budak tuh cakap tak siap lagi sebab tak jahit butang dengan penyangkut kat kain lagi. Time tuh macam dah blank habis, nasib baik wai kuan ada, so budak tuh boleh lah hantar baju tuh dekat rumah wai kuan. Rumah wai kuan dekat dengan sekolah je.


Pukul 6 macam tuh baru baju siap and wai kuan dah pun ambik baju tuh. Lepas tuh, aku suruh wai kuan ambil gambar baju kebaya tuh. Wai kuan hantar dua gambar means my kebaya and my fren, jennifer's kebaya. Bila tengok dua dua gambar tuh, saiz baju kebaya aku dengan jennifer hampir sama!


That night, aku call wai kuan and wai kuan cakap my baju tuh nampak beza sedikit je daripada baju jennifer. Sampaikan baju aku tuh wai kuan boleh muat. Hishh.. Lepas tuh, dia cakap dekat bahagian dalam baju and dekat bahagian bahu ada terkoyak sedikit.


Malam tuh aku nangis habis habisan. Mana taknya, its my first time aku hantar kain untuk buat kebaya. Mestilah excited plus suka sesangat kan? Hanya my little brother je yang tahu aku nangis and dekat dia je aku meluahkan perasaan sedih. Kelakarkan? Dia boleh lak bagi aku nasihat and pujuk aku. Wah, tak padan dengan umur dia, 8 tahun!


Pagi tuh, aku pergi rumah wai kuan dengan izzati and jennifer. Try pakai baju tuh and memang agak longgar di  bahagian belakang. Baru teringat yang aku pernah cakap dekat tailor tuh yang aku tak nak ketat sangat dekat bahagian pinggang. tapi, takkan ah terlalu longgar macam tuh sekali? 


Nak tak nak, kena gak pakai baju kebaya tuh. Akibat terlalu kelam kabut dengan masalah ini, aku tertinggal my purse, tapi my uncle yang selalu hantar aku gi sekolah tolong bawakkan my purse ke sekolah. Thanxx  =0


Kebaya, just a hectic! 

Teenage Dream

Its not about Katy Perry new song TEENAGE DREAM but..

About my own dream..

Ini macam dikira dream yang ingin dicapai dan tak tahu bila nak dicapai..

  1. Aku nak belajar dekat luar negara yang ada salji..
  2. Aku nak sewa apartment bila dah besar dengan kawan kawan (berdikari,duhhh)
  3. Aku nak beli balik kereta Volvo kepunyaan abang aku yang agak lama tapi dah modify jadi sport car. Dia dah jual kereta tuh tanpa pengetahuan aku. Huhuhu, i'm crying and bertekad nak cari and beli kereta tu balik one day!
  4. Aku nak travel around the world and explore apa yang ada kat dunia ini.
  5. Nak buat novel sendiri yang story nye agak outstanding
  6. Teringin nak ke museum of wax dekat London tuh, sebab terlalu kagum dengan patung patung yang diukir sebijik macam manusia sebenar. Wow!
  7. Kalau boleh nak beli satu bangunan Pavilion, Times Square and KLCC!
  8. Nak pergi mendaki gunung berapi yang aktif sebab nak tengok ada apa dalam tuh + nak tgk api tuh meletus dalam helikopter. -.-
  9. Pandai memasak macam chef chef terkenal. 
  10. Nak satu holiday yang perfect dekat kapal cruise 
  11. Nak belajar main piano,violin dan guitar
  12. Nak beli kereta Ferrari, Lamborghini and Porsche..
  13. Nak own satu Big Banglo yang dalam tuh ada macam kemewahan + setiap jenis barang aku macam kasut, beg, etc. penuh dalam setiap bilik..
  14. Ingin merealisasikan impian my dad, be a doctor! =)
  15. Aku macam nak tinggal kat Kutub Atlantik and nak tahu tahap kesejukannya..
  16. Teringin pergi ke Hotel Ice yang everything sume ice!! Yay!
  17. Berjumpa dengan Adam Levine(Maroon 5) and Enrique Iglesias.Dan berkata terima kasih sebab lagu diaorang buat saya gila..
  18. Mempunyai rambut licin dan lembut macam iklan shampoo semula jadi!
  19. Nak belajar bahasa Sepanyol, bahasa Rusia, bahasa Perancis.
  20. Last, teringin ada seorang kawan yang sehati sejiwa macam dalam movie. ='/
Sebenarnya, banyak gak dream dream tapi cukuplah. Nanti orang fikir budak ini mengada ngada. Yang dekat atas pun macam dah terlalu over. -________________-

Satu hari nanti, aku akan cuba achieve sume ini, kalau mampulah!
Tapi, kenalah berusaha and selalu berdoa dan ingat ALLAH  =)

Tuesday, October 19, 2010

Mr.Chocolates Facts!!

Tiba tiba je nak update pasal chocolates sebab baru je makan Mr.Chocolates yang menyelerakan...




Here, 'his' secret facts..



INTERESTING FACTS



Chocolate. It's long been considered to be the "food of the gods." It's often given and received as a gift. A box of chocolates has been known to help cure a broken heart. Eating chocolate can also benefit your heart, lower your blood pressure and improve your memory. Here are 10 interesting facts about chocolate:




1. The Beginning of Chocolate
The "Theobroma cacao" is a tree that produces pods and beans that are turned into chocolate. It's believed to have been domesticated in South America where the Amazon Basin is located approximately 4000 years ago.

However, the earliest written account of using chocolate is attributed to the Olmecs tribes of Southern Mexico somewhere around 1000 B.C. At first, chocolate was made into a drink. 


2. The First Chocolate Bars 
The first time chocolate was made into a solid, edible food is believed to be in Mexico sometime in the 1700's. Later, two British companies, Cadbury, and Fry and Sons began to make edible chocolate in the 1840's. 


3. Choose the Best-Tasting Chocolate Bar
The best-tasting chocolate bar looks shiny and even. It should only smell like chocolate too. Grab a corner of the bar and bend it. A piece should snap off cleanly with few crumbs. It should feel creamy and rich, and melt in your mouth too. 


4. The Shelf Life of Chocolate
An interesting fact about chocolate is that the shelf life of a chocolate bar is approximately one year. You can place it in a freezer and keep it practically forever, but dark chocolate will turn whitish in color on the outside. 


5. The First Box of Valentine's Day Chocolate
It's no surprise that Richard Cadbury came up with the idea for the first heart-shaped box of chocolates in the year 1861. Seven years later, John Cadbury began mass producing them, and, of course, several companies produce them today. 


6. Chocolate Was Reported as Being "Healthy"
Henry Stubbe (1632-1676) was a physician who considered drinking chocolate once or twice a day an excellent cure for fatigue caused by hard work. He also believed that chocolate helped benefit the heart and that it helped increased breast milk production in women. 





AMAZING FACTS




Chocolate is made from beans derived from the cacao tree. These beans are very bitter, so the cocoa solids and the cocoa butter has sugar added to it, along with some other ingredients in order to make the chocolate that is available to the general public.





Chocolate is particularly popular at certain times of the year, such as Easter, Valentines Day and Christmas. As such, chocolate shaped gifts are popular. Hearts for Valentines day and cute bunnies at Easter are two high up on the gift selection list. Here are 10 interesting facts about chocolate:


1. Chocolate is lower in caffeine than tea, coffee and coca cola. A one ounce bar of chocolate contains about 6mg of caffeine, whereas a five ounce cup of regular coffee contains over 40mg.


2. Chocolate was regarded as an aphrodisiac by Aztec Indians.


3. Chocolate contains antioxidants which may help prevent cancer and heart disease.


4. Chocolate is the favourite flavour in the United States Of America.


5. The shelf life of a bar of chocolate is approximately one year.


6. In 1842 Cadbury's in England created the worlds first chocolate bar.


7. The Swiss eat the most chocolate. The average person eats 19lbs a year.


8. Chocolate contain theobromine, which is a mild relative of caffeine and magnesium. This chemical is found in some tranquilisers. Because coffee also contains caffeine, it both picks you up and calms you down.


9. It is widely believed that chocolate consumption releases a chemical into your body very similar to what is produced when you are in love.


10. Chocolate manufacturers use 20% of the worlds peanuts and 40% of the worlds almonds.


Chocolate is mildly addictive, but a bar now and again is not going to hurt. With all those great antioxidants it contains, it may even help you live longer. After all, as the saying goes, "A little of what you fancy does you good".



Ada sesetengah orang yang menganggap bahawa chocolates boleh mengakibatkan pimples, sebenarnya kepercayaan tersebut salah sama sekali.






Monday, October 18, 2010

Paku Di Dinding Hatimu

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita".


P/S : Aku selalu sangat marahkan? Memang susah nak kawal and terlalu emo. So, kalau nampak aku marah sangat, bagilah paku tau!

Cerita ini bukan hak milik persendirian tapi diambil dari http://www.tentangcinta.com




Sunday, October 17, 2010

Activity after Trial!

Title macam dah habis SPM je. 

Haha. Actually, lepas habis puasa, kiteorang sume plan nak gi makan sushi king dekat sekolah BUT tak kesempatan sebab trial dah dekat.

So, lepas habis paper Physics 3 pada hari Selasa, aku, queratu, hajar, faain, wai kuan and izzati pergi nak makan sepuas puasnya di sushi king + nak buat kad SK. Time dah sampai tuh, tengok2 penuh gilerr orang kat luar. Pening tul! Ingatkan orang nak beli kad SK ke, tapi ada promotion yang biasanya diaorang akan buat pada bulan Oktober. Promotion nie dipanggil 'Sushi King RM2 Bonanza'. Promotion nie ada certain time and sampai untuk beberapa hari je. Harga untuk satu plate sushi yang dekat kaiten belt tu je harga RM2. Yang lain harga macam biasa.



Dah bingung habis kut time tuh sebab tak tahu nak makan mana. Queratu lak tetap nak makan kat SK gak!
Mengada ngada! Hehe. Gi lah round2 jap kat area Queen's Park sambil fikir nak makan mana, and terjumpa satu kedai yang agak baru kut. Nama kedai tuh, SATAY EMAS.
Kedai tu ada macam2 jenis makanan and memang sedappp. Kiteorang sume amik gambar semua makanan yang kiteorang order and plan nak pergi lagi next time. YAY!
Macam2 perangai pelik kiteorang yang berlaku sampaikan the next day pun tak habis2 lagi ceritanya..

Hari Rabu, jen ajak gi makan domino ngan patricia, wong and elaine. Last2, jen cakap nak order pizza and suruh hantar dekat sekolah. Time tu muka aku dah macam ni -____________- .
Ingatkan jen main2 tengok2 dia serius beb! Okayy, lepas order tuh, kiteorang 'agak' takut kalau cikgu2 sume nampak apa yang kiteorang beli. Kut2 mana tau, tak boleh order fast food. Kiteorang pun makan2 sambil buat lawak je. Hanya i'm a malay and others all Chinese. Memang gempak ah + best gilerrr!!!


Hari Khamis,  aku, que, ngan izzati gi makan sushi king. Kiranya arie tu last day untuk promotion Bonanza RM2. Agak best tapi yang kurang bestnya tempat duduk dibagi oleh waiter tu and limited makan 45 minutes!!! wth??!?!?!

Apa apa pun, 3 hari berturut turut non-stop asyik gi makan je.

P/S : There are no photos cause i didn't bring phone to school.

Tuesday, October 12, 2010

Trial Is Over

Gaya gedik,please! ;P
Aww! (Ishhh, hormon tak bape balance sangat)

Akhirnya, Mr.Trial yang telah mengakibatkan aku mengingati sume fakta2 yang penting dan tersembur air liur menghafal benda yang sama berulang ulang kali, DAN hampir membuatkan aku sakit. Ada time tu, my hands trembling like a hurricane ketika menjawab paper PHYSICS. Oh Goshhhyy!!!

Tapi, sepanjang berlangsungnya hari Mr.Trial, aku telah berjaya membuka buku dan membacanya. Kalau tak, takkan sentuh langsung kut. Mr.Trial juga telah screwed me from television.Lagipun, tak ada benda yang interesting pun dekat tv dah. =.=

Walau apa apa pun, aku mesti bersedia untuk Mr.SPM yang hanya tinggal lebih kurang 40 hari.

I l0ike the timetable for this year SPM cause only 9 days for my stream and one subject only for one day

YAY!

P/S : Next post pasal aktiviti gilerrr2 kiteorg lepas habis trial. Tapi, malas nak update sekarang.

Sunday, October 3, 2010

Resident Evil : Afterlife

One fine day, pergilah tengok movie ni.Memang best BUT x berapa faham sangat sebab tak tengok movie yang first and second.
Movie ni, boleh katakan hebat sebab tak banyak cakap and banyak action.Well, i like it
'Hero'nya perempuan, that's why i like it s000 muchies.

Dia ni Alice.
Nama sebenar : Milla Jovovich.
Cool giler cara dia act + suka cara dia cakap + actions yang buat perempuan yang lemah semangat pun jadi berani tiba tiba.

















 Dia ada power sebab kena suntik ngan satu virus. First starting-nya, ada banyak Alice, terkejut gak. Tengok2 ni sume klon dia. Tapi, dia jadi normal person balik sebab ada orang jahat suntik virus untuk kill power yang dia ada.







Dia ini Claire
Nama Sebenar : Ali Larter
Dia tak berapa ingat sangat apa yang jadi. Hilang ingatanlah. Tapi dia pun hebat macam Alice. Tough.





Zombi dalam citer ni pelik sebab muka macam -_________-





Dan Monster yang besar nak mampuss bawak kapak bapak besar gilerrr

Monster ni, ada cucuk macam2 benda besi kat kepala and badan. Kepala dia kena tutup ngan kain. Nasib baik tak tunjuk muka, nanti tak boleh nak tidur seribu malam. Ada tu, monster ini nak bunuh Alice ngan Claire. Dia guna kapak dia nak bunuh diaorang. Last2, monster tu kena bunuh ngan pistol Alice yang luar biasa sampaikan kepala monster tu berkecai. Yang hebatnya, pistol tu bukan guna bullet BUT guna coins yang Alice kumpul sebagai hobi. Dussh, hebat sehhh!!!








I'm waiting for the next movie.

April's Secret

Its a secret about a girl who born in April month

Just nak check it out whether ciri cirinya sama atau tidak.

#1. Sangat aktif dan dinamik
Memang seorang aktif tiba2 and dinamik sebab telah belajar di kelas 5 Dinamik. Ada tu orang cakap giler sebab mood keaktifannya yang terlebih lebih.


#2. Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
Sometimes sebab nak terlalu cepat sangat nak buat satu perkara tu, memang terburu-buru buat keputusan tapi menyesal tu, sekejap je. Not always yea, i do the mistake.


#3. Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
Menarik? Tak pernah nak perasan pun. Menjaga diri tu tak sangat sebab still banyak bergantung dengan parents, but kalau nak buat something for myself, i try to get it myself macam berdikarilah.


#4. Punya daya mental yang sangat kuat.
My friend selalu cakap yang aku ni, boleh ingat apa yang terjadi walaupun dah lama. Itulahkan, ada kelebihan macam ni, tak nak gunakan seelok eloknya. Bukan apa asl nak pergi belajar, diri jadi malas.


#5.Suka diberi perhatian.
Yeaaaaaaaaa, kadang kadang jelah, bukannya apa, just nak perhatian for something that i want. Bukan setengah orang tergedik gedik minta perhatian macam muka tak malu  -_______-


#6.Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
Memujuk? Hahahaha. Ok ok jelah. Orang yang selalu buat, orang tu yang selalu pujuk balik.


#7. Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
Berkawan dan selalu bergaduh.Menyelesaikan masalah orang tu, selalu gak lah sebab kawan selalu tertekan and tak ada idea nak buat apa, so sometimes i'm helping them to solve it. Hehe


#8.  Sangat berani dan tiada perasaan takut.
Head you lah. Haha, berani tu untuk perkara yang exciting and adventure je kot. Perasaan takut tu ada pada lipas and hantu. Kawan kawan selalu cakap yang aku nie, tak ada perasaan takut sebab kalau nak buat something tu, main buat je. Eventhough nak jumpa cikgu pun, aku sometimes menjadi mangsa keadaan. Haha.


#9.  Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
I like adventure and dare to do something different. Bukan makan benda mengerikan yea.Pengasih and penyayang tu hanya untuk baby and kanak kanak serta orang yang nampak kesian, orang yang buat buat muka kesian, penumbuk yang kena. Sopan santun.. Nak ketawa dengar ayat nie, budak paling kasar+x reti malu+cepat naik marah. Macam nie nak cakap sopan????? Pemurah tu memang!


#10.  Emosi cepat terusik.
Saya tak jiwang tapi emo je. Cepat nangis and memang sensitif gilerr.Watch out!  =)


#11.  Cuba kawal perasaan.
A'ah, sometimes cuba kawal tapi last last tak boleh nak kawal lagi dah. 


#12. Kecenderungan bersifat pendendam.
Huhh, kalau tak nak kena, baik duduk diam diam tau! Balas dendam balik kalau orang tu, sendiri over!!


#13. Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
Well, masa tak tunggu kita, so kenalah decide awal awal. Lagi lagi kalau orang tu, tak sabar menyabar, kenalah cepat decide.


#14. Kuat daya ingatan.
Yela.yela. Berapa kali nak ulang nie?!??!? Tapi, selalu lupa nak buat kerja yang diamanahkan. Hehe


#15. Gerak hati yang sangat kuat.
Ini kalau dapat rasakan something bad about a person, hati dapat rasakan giler2 lah.


#16. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
Betul3. Suka sangat bagi motivasi kat member2 kalau diaorang in depressed mood. I always try to get it better. Diri sendiri pun kena motivasikan untuk gain confidence!


#17. Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
Apa ini???!?!?!?!?  =.=


#18.  Sangat cemburu dan terlalu cemburu
Mestilah. Cemburu yang bagus, get into a real life



Saturday, October 2, 2010

Mathematics vs Additional Mathematics

Mathematics

Ada nye benda alah nie, boleh jadi 'kering' kepala macam Albert Einstein. Walaupun faham apa yang cikgu ajar tapi selalu buat careless mistake dalam exam.Bak kata orang 'masuk bilik exam, otak blank' .Sometimes tak dapat buat soalan dalam paper tu,macam baru nampak hantu matematik yang buat otak bertambah pening dan tidak dapat menyelesaikan soalan, tapi jalan kerja senang nak giler bak kata my tuition teacher " its baby work lah!". Adoii, begitu phobia-nye makhluk makhluk di Bumi nie, yang merasakan mathematics boleh buat orang bunuh diri sebab kecewa.

Add. Mathematics

Dah lah masalah tak bape pro. dalam Mathematics tak selesai, lepas tu muncul satu lagi adik kembarnya yang ditambah perkataan 'add'. Jadilah additional mathematics. Konsepnya just sama sedikit tapi berlainan caranya. Susah kan? Memang adat orang, kalau ambil test add. maths nie, probability nak pass tu agk 'cemerlang'. 

Dua dua troublesome nie, nampak ok tapi kalau pergi selokar apa yang ada, memang telinga plus kepala berasap mengalahkan migraine.

Huissh, how i want to pass it?   

Thursday, September 30, 2010

Masa Itu Pelik

Masa memang pelik.

Just bayangkan apabila kita bosan atau tak suka kerja yang tengah buat, masa bergerak terlalu perlahan seakan akan ingin berlumba siapa lagi lambat daripada kura kura. Kalau kita terlalu rushing nak ke sesuatu tempat, kita selalu sangat berharap cepat sampai. Sometimes berharap kelas yang membosankan cepat habis supaya tidak tertidur di dalam kelas.Berharap masa berjalan laju apabila perut tengah menahan lapar yang terlalu kronik. If lapar sangat boleh hilang concentration dalam kelas sepenuhnya. Ada masa tu, berharap jangan masa cepat habis bila masa tidak mencukupi untuk menjawab soalan soalan dalam exam. Ada tu nak balik ke rumah dengan cepat and macam2 lagi keadaan yang kita terlalu berharap supaya masa berjalan dengan cepat.

Tapi, bila fikir balik kenapa masa jalan lambat sangat, ini maybe sebab kita asyik melihat jam je.Tak percaya cuba try buat.

Masa lagi sekali menjadi pelik.

Masa berjalan cepat sangat bila kita membuat sesuatu perkara yang kita berminat sangat atau kerja yang menjadi 'habit' kita.Ada masa kita berminat sangat dalam subjek yang cikgu tengah ajar sampaikan tak perasan masa dah habis. Sometimes masa rehat dekat sekolah tidak mencukupi sampaikan tak sempat nak makan. Ada masa tu, baru saja keluar dari sekolah tapi tengok2 dah 10 minit berlalu walaupun rasa macam baru saja loceng sekolah dibunyikan. Ada tu, kita berharap masa tidur kita panjang tapi bila bangun je rasa macam baru je beberapa minit je tidur. Macam2 perkara juga yang kita terlalu berharap supaya masa berjalan lambat.

Tapi, kenyataannya kita rasa masa itu cepat disebabkan kita tidak kerap melihat jam.

Memang masa it TERlalu pelik untuk difahami.Cuma kita kena pandai jaga masa sebab MASA ITU EMAS

P/S : Aku pun tak faham apa yang aku tengah merepek. Janji faham!

Sunday, September 26, 2010

Something To Tell





Actually, i want to tell about the movie that i just see BUT tomorrow i got trial..


Maybe after school i will update it


See ya!


=0

Tuesday, September 21, 2010

Spice + Sugar = Life

                                                           Spice



Sejak kita lahir dekat Bumi ni, mesti ada segala dugaan yg kena tempuh. Even though aku yang sepatutnya lahir 9 bulan tapi TERlahir awal, 7 bulan. About one month 'hospital' menjadi my first home.
Lepas tu, time kecik pulak banyak dugaan gak, kalau tak dapat apa yang nak mesti nangis and then kena pukul.
Mengada-ngada tak nak pergi tadika. Yelah, first time kena pergi belajar, dah lah hingus sendiri pun tak reti nak lap lagi masa tu.
Lepas tu, ada masalah dengan pelajaran. Tak fahamlah, tak pass-lah, tak boleh nak masuk2 lah...
Sampai bila-bila pun, masalah tetap ada di mana-mana. Cuma, kita kena pandai selesaikan.




                                                     Sugar


Tapi, ada masalah macam mana sekali pun kita still akan rasa ke-sweet-annya.
Rasa gembira bila main benda2 merepek masa kecik, main masak2, main kejar2...
Rasa bangga bila dapat pujian...
Dapat wishes and present time birthday...
Ada time yang kita boleh menikmati pelbagai kemanisan yang tidak terkira dengan kawan-kawan and family serta manusia manusia yang buat kita gembira.



Tanpa masalah dan dugaan serta kemanisan di dalam hidup setiap manusia, tidak akan ada kehidupan di dalam diri kita. Bayangkan sepanjang hari kita hidup, penuh dengan perkara-perkara yang membosankan dan  hidup ternyata kosong semata-mata.





   THAT ITS MY TITLE MEANS...
  SOLVE THE SPICE...
  FEEL THE SWEET...
  LIVE THE LIFE AT MAXIMUM...

Sunday, September 19, 2010

Eeeeee, geli tahap MAX. !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Takut

...

Geli

...


YUCKS!!
...


Dengan lipas.. Si Perosak Serangga Bertopengkan macam Alien.

Mesti manusia manusia dekat Bumi ini, ada benda yg tak suka kan? So, i do hate cockroaches since small. I think so.Eeee.. geli... Dahlah ada lipas tu sebelah kaki takde, lipas kena penyek pun ada, lipas cengkerang terbuka, lipas yg fly ala-ala superman, lipas jalan terkedek-kedek macam mak cik jual karipap dekat depan sekolah,bla bla bla...
That's why ke-phobia-an ku in lipas ni, membuak buak.Kalau lipas tu dah mati and dah mcm nak reput pun, aku tetap akan menjauhinya sejauh 5 meter. Yang paling tak tahannya, sebenci benci mana pun dengan lipas ni, lipas lipas ni macam tahu saja and selalu rapat dengan aku.Huhuhu.. Anyway ada a few 'events' yang happen antara aku dengan Si Lipas


First Events


'Kejadian' ini kira kiranya still fresh cause' just happen malam semalam. Adalah macam pukul 12.35 tgh malam, aku pergilah tidur setelah kerja online. Time tu bilik tengah gelap, so pergilah buka switch bathroom. Masa tengah buka tulah, rasa macam ada benda dekat kaki, at first my sense dah rasa macam lipas, tapi fikir maybe kertas kut, lepas dah buka switch tu, sekali pandang bawah nampak seekor lipas ni tengah jalan terkedek kedek.. Lepas tu, pergi panggil my mum and then suruh my mum halau lipas tu. Last2 aku pergi pam guna Ridsect, my 'hero'. Pam sekali tak mati2 and pam dua kali baru innalillahi.... My mum pun helping me sebab dia cakap muka aku time tu macam baru nampak hantu and nampak terlalu kesian.




Second Event


Time ni tengah makan malam. Selalu aku suka makan malam lambat sangat. Tiba tiba nampak macam something tengah crawling dari sisi,tengok2 lipas!!! Aku pun lari terkejut, Si Lipas ni pun lari  terkejut.


Third Event


My bro. always jadi my guidance whenever ada lipas but dia selalu sangat bengang dengan perangai aku yang teramat amat phobia dengan lipas. Yelah, brother always protect sister. Lipas ni suka sangat duk bertengek dekat my bed, macam tahu saja yg i hate u. So, i will call my bro. nie tuk bunuh. Lagi satu, tempat lipas mati pun kat my area. Ishhhhh...                          
-_______________-




Sebenarnya, ada banyak sangat 'kes-kes' berkaitan Si Alien Kecik ni. Disebabkan seekor lipas pun boleh menyebabkan tragedi. Contohnya, ada seorang kawan aku, time tu kat class dia ada lipas, dia pun nak mengelakkan daripada lipas tuh, sampaikan kaki terseliuh and terpaksa balut sampai sembuh. Kesian gilerrr


Ada jugak aku try nak get over my phobia, tapi selalu sangat give up.Dah hampir2 dekat dengan lipas tapi selalu lari jauh jauh. How?!?!?!??!?


Lastly, euwwww geli sehhh!!!!!!!!!!! 


P/S : Kenapa lipas mati terbalik,hah? Kalau phobia dengan lipas panggil apa, yea?





Friday, September 17, 2010

Trial Comin' Over

Try baca TITLE dalam gaya gedik and teruja, yeaa!!!

Oh Gosh, satu benda haram pun tak sentuh, tak baca, tak buka, tak belek, tak lihat, tak jenguk ... DAN segala tak-nya untuk buat revision dalam boleh katakan semua subject SPM + + + subject yang tak masuk SPM sekali iaitu PJK dengan SIVIK pun ada dalam jadual trial. WTH???!!?!?!?!?

*Physics tak master lagi dalam bab kira-kira dengan hafal formula

*Biology okiee but kena selalu ingat part2 yg penting. If bio. nie diceritakan dalam satu novel ke, memang senang hafal kut.. kuikuikui... =)

*Chemistry nak hampir2 KO sbb x master sgt bab Form 4 but bab Form 5 boleh lak faham.. Isshhh, pelik kan. Yang susah dlm chemist ni, kena ingt formula and mcm mana nak balance-kan equation.

*Add Math, sejak akhir2 ini, rasa add math ini senang sbb cikgu selalu buat SPM question dari '05 to '09. Tapi, bile time exam je, mesti x boleh nak buat, mcm tiba2 je kena electric shock!!!

*Sejarah, Urgghhhh.. subjek 'kegilaan' si queratu.. Tension gilerr sebab sejarah nie tak payah nak kira2 tapi kena hafal. Hafal dah lah satu 'kepastian' + kena pulak ambil tahu tahun biler, nama tokoh2, peristiwa penting, bla bla bla....

*Agama, insya-Allah boleh skor tapi ustazah suka sgt ikut sebijik dalam buku. Kalau ikut logik pun, dia takkan terima.

*B.Malaysia one of my fav. subject sbb selalu dpt skor. Just, karangan je, cikgu suruh perbaiki sbb banyak error dalam karangan.

*B.Inggeris okie dokie je, aslkan grammar dengan writing kena betul.

*Mathematics kena buat banyak latihan ataupun review back latihan2 yang dah buat.

*PJK n SIVIK, subjek nie kalau baca pun mesti 10 minit sebelum nak start exam ataupun main hentam je.

So conclusion-nye, aq kena lah rajin sikit tuk dptkan target yg bagus..Kena seksa sekejap badan yg terlalu terlebih manja utk blaja... Harap2 i can do it  ;)
Wish me luck!

Tuesday, September 14, 2010

Selamat Hari Raya

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN... isshhhhh, lamanya ko wish.. yela aq baru dpt time nk menulis nie!!!!!!!!!!! Dgr jelah jgn banyak lemak!  =P


This year raya tak berapa best sebab kebanyakan my uncles and aunties raya dekat tempat lain, bukan macam tahun lepas, semua kumpul kat penang... Tapi, okeyyy lah daripada raya kat KL.. Sampai2 je, kena psg langsir lah, itulah... mmg penat drpd last year..
Pagi raya tuh, mmg pagi2 dah mandi(bukan nak tlng mak kat dapur, huhhhh)
Nak tahu x, this year raya my baju kurung warna PINK.. Yea!!!! Its Pink and dah tambah collection baju kurung PINK aq yg ke-bape ntah  -_________-
Sebenarnye, aq dah ambik warna WHITE lepas tuh, sizenye L, gi cari punya cari, hanya baju pink je yg ada saiz S.. Uwaaaa..... menangis seribu tahun. Baru je nak buat collection warna WHITE!!!!
Tapi, warna PINK tetap my fav. colour all the time....


P/S : Next year no more raya in Penang.. I hate to go there anymore!!! =P
        And i want to say SORRY to all my friends.. To my enemy, no sorry for u, anymore!!!

Wednesday, September 8, 2010

TERamat Amat Penatttttt

Ya, aq teramat amat amat penat sehinggakan tak dapat nak jelaskan kepenatannya.. Adoiiii, mana taknya orang dah sibuk pergi balik kampung, yang hasiyna nie sibuk nak beli baju raya....
Dari hari Sabtu sampai lah ke hari ini, busyy memanjang sampaikan time sahur pun x terbuka mata nak makan nasi.
Lepas itu, nak kena siap2 for raya lagi, kemas barang, beg dan yg lain...
Yang sakit hati teramat2 nye, tak boleh online FOR ABOUT 5 DAYS cause ingatkan internet rosak. Punyalah beria-ria nak on9 lepas last day skool(mcm dah habis sekolah jerw), dengan baju bau hanyir campur ngan peluh yg bau masam mencuka(hasiyna tak bau begitu sekali, yeaaa), bersemangat nak on, tgk2 tak boleh on internet...
Rupa-rupanya, ada seorang pekerja yg melakukan kerja me-renovation kan rumah, ter___________  apatah, sampai wayar telefon terputus..
Mengamuk si bapa ngan si anak ngan si emak sekali( walaupun si emak tidak menggunakan internet sama sekali)
Mana taknya, kiteorang ingatkan salah TM, sampaikan abang TM marah kat kiteorang..Hehehehe... tak baik marah bulan puasa nie, nanti kurang pahala...
Itulah al kisah seribu kepenatan....

P/S : Berjumpa ngan kawan sekolah kat jaya jusco( sebyk 2 kali) dgn memakai BAJU KURUNG.. Tak pasal2 dyeorg ingtkn hasiyna nie alim sgt padahal pakai baju kurung sbb ada tuition( home tuition maaa, safety lah)

Tuesday, August 31, 2010

Oh, I Want This


Graduation Day, hasiyna dah plan nak beli kebaya..
Lepas itu, hasiyna baru tahu yg ada cikgu kat my school ini, jual kebaya melalui blog n kebaya dia semua cantik + from indonesia + murah ... So, hasiyna bagi tahu kat my mom about this matter n mak cakap suruh tanya ayah dulu.. Ishhhhh.. serius takut.... -____________-





Anyway, hasiyna nak beli gak sbb cantik sehhhhhhh. Tak caya tgk link blog my teacher ini, http://kebayaasia.blogspot.com. Click,Click tau!





Lagipun, ramai my classmate yg ckp nak pakai baju kebaya... I want please!!!!!!!!
Walaupun baju ini, jarang BUT boleh pakai kain lining what?????





P/S : Saya tinggi dan kurus, Sesuai kan???????